Semalam, selepas mendapat satu panggilan telefon, selepas dihujani peluru2 berbisa yang tak mampu lagi Ogy tangkis, Ogy termangu sendirian..... Kebiasaannye, selepas dihujani dengan pelbagai tomahan sebegini, Ogy akan menangis.....menangis.....dan menangis..... Mungkin sebab Ogy dah jangka dengan panggilan telefon tu, so my mind dah get ready kot......Atau mungkin hati Ogy menjadi semakin keras???? Nauzubillah.......Memandangkan jam pun dah menunjukkan kul 5 petang, Ogy kemas2 barang dan terus turun ke surau......
After solat Asar, Ogy berfikir, kenapa semua ni terjadi??? Terasa bagai bergenang mata Ogy... Namun, Ogy kuatkan semangat, tak nak fikir sesuatu yang membuat kan Ogy terasa hati, berburuk sangka dengan orang lain....Ogy tau, kalau Ogy mula menangis, Ogy akan lemah... lemah dengan semua ini... Tapi apakah cara yang terbaik untuk Ogy tangani semua ni???? Ya Allah... bantulah hamba-Mu ini.... Berikan lah aku hidayah-Mu....
Ogy telefon K Elly untuk menyatakan perasaan yang hiba ni.... " Ogy, semua ni ujian untuk Ogy... Ogy kene banyak jaga bila nak bercakap supaya keadaan tak menjadi semakin keruh... Dalam keadaan sekarang, syaitan sentiasa cuba untuk berada di tengah2, memburukkan keadaan...mencucuk2 hingga membuat kita hilang pertimbangan... Ogy, Ogy kene ingat, hati kita ni Allah yang jaga.... Walau apa pun yang berlaku, kita kene balik pada Allah... solat banyak2... doa banyak2..... sebab soal hati ni hanya Allah yang mampu mengubahnye.... Minta petunjuk Allah... Biarlah orang nak buat kat kita, biarlah orang nak kate ape.... Asalkan kita tidak buat perkara yang sama... kalau tidak, kita takde beza dengan mereka...."Itulah antara kata2 nasihat yang menjadi penguat semangat untuk Ogy....
" Sebenarnye semua tu pengalaman yang akan mematang kan kita.. sepanjang hidup ni.... dalam perjalanan hidup yang panjang ni kita kutip pengalaman demi pengalaman dalam meniti jalan hidup kita dan pengalaman2 itulah yang akan mematang kan kita...Kita cuma boleh bersabar...dan mungkin Allah nak sayang jadi lebih sabar.... " itulah komen daripada my beloved hubby.... Thanks abang sebab cuba memahami sayang... "
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment